Sunday, November 1, 2009

ANDAIKU PERGI....

Andaiku Pergi
Album :
Munsyid : Mirwana
http://liriknasyid.com


Cerita hidup kian berlalu
Membawaku ke penghujung
Kaku langkah kian lemah
Kelu lidah untuk bicara

Langit jingga warna senja
Desir bayu membisik duka
Kealpaan nan semalam
Inginku lepaskan luka silam

Bersama rayu doa
Damba keampunanNya

Andai diriku pergi
Tinggalkanmu sendiri
Usah kau sedih
Usah tangisi duga dari Ilahi

Andaiku pergi dulu
Tiba tika dan waktu
Telah tertulis takdir untukku
Perjanjian yang Maha Agung
Doakanku sejahtera disisiNya

Rasa gentar rasa rindu
Bertarung di fikiranku
Wajah ceria, senyum manja
Kisah kita menghapus resah

Maafkan diriku kasih
Kerna buat kau menangis
Restuiku dengan cinta
Jangan kau titiskan air mata

Pintaku redhailah
Terima kasih atas segalanya

Hidup ini sementara
Ujian pasti setia hati
PadaMu kekasih

Moga rahmat hidayahMu
Mengiringiku, menemaniku
Saat akhir waktu

Bersaksi diriku
Tiada lain hanya Kau satu
Memiliki cintaku
Ku serah segalanya kepada Mu

Friday, October 31, 2008

Sekadar Renungan.........26 Disember.....

26 Disember 1932:
gempa bumi berlaku di China membunuh 70000 nyawa.

26 Disember 1939:
gempa bumi 7.9 ritcher berlaku di wilayah Erzincan, Turki membunuh 41000 nyawa.

26 Disember 1996:
Ribut Greg berlaku di Keningau, Sabah yg meragut beratus nyawa.

26 Disember 2003:
gempa bumi 6.5 ritcher berlaku di wilayah Bam, Iran membunuh 45000 nyawa.

26 Disember 2004:
gempa bumi berlaku di Sumatera membunuh 35000 nyawa & jumlahnya terus meningkat.

Adakah semuanya ini "coincident"??? Bukankah pd malam sebelumya iaitu 25 Dis di kebanyakan tempat di dunia ini, ramai manusia yg lupa daratan, mabuk dan berpoya2??? pd pagi 26 Dis 2004, di persisiran pantai timur selatan India diberitakan ada temasya memuja laut ketika tsunami melanda. Kita tidak mampu mencari jawapan atas apa yg berlaku ttp sekadar menginsafi sbg peringatan...

كل نفس ذائقة الموت

Keistimewaan Wanita Yang Allah Kurniakan Rahim

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh... 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap di waktu itu sembahyang terbaik darinya. Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah. Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang... sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya. Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, lahir saja bayi seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur. Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung. Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini. Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan juga tidak derhaka kepada suaminya...

Monday, May 12, 2008

Manusia yang didoa Malaikat

1. orang yg tidur dlm keadaan bersuci.

Rasulullah s.a.w bersabda,"barangsiapa yg tidur dlm keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dlm pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa 'Ya Allah, ampunilah hambaMu si fulan kerana tidur dlm keadaan suci.'

(Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dr Abdullah bin Umar ra, hadis ini disahihkan oleh Syaikh al Albani dlm Sahih at-Targhib wat Tarhib 1/37)

2. orang yg sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah s.a.w bersabda,"Tidaklah salah seorang di antara kalian yg duduk menunggu solat, selama ia berada dlm keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya 'Ya Allah, sayangilah ia.'

(Imam Muslim meriwayatkan dr Abu Hurairah ra, sahih Muslim no 469)

3. orang2 yg berada di saf barisan depan di dlm solat berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda,"Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat kpd orang2 yg berada pd saf2 hadapan.'

(Imam Abu Daud dan Ibnu Khuzaimah dr Barra' bin Azib ra, hadis ini disahihkan oleh Syaikh al Albani dlm Sahih Sunan Abi Daud 1/13o)

4. orang2 yg menyambung saf pd solat berjemaah (tidak membiarkan sebuah kekosongan di dlm saf)

Rasulullah bersabda,"Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu berselawat kpd orang2 yg menyambung saf"

(Para Imam iaitu Ahmad, Ibnu Majah, ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan al Hakim meriwayatkan dr Aisyah ra, hadis ini disahihkan oleh Syaikh al Albani dm Sahih at Targhib wat Tarhib 1/272)

5. Para malaikat mengucapkan 'Amin' ketika seorang imam selesai membaca al Fatihah.

Rasulullah s.a.w bersabda,"jika seorang imam membaca 'ghairil maghdhuubi 'alaihim waladhdhaalinn', maka ucapkanlah oleh kalian 'amin', kerana barang siapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yg masa lalu."

(Imam Bukhari meriwayatkan dr Abu Hurairah ra, Sahih Bukhari no 782)

6. orang yg duduk di tempat solatnya setelah melakukan solat.

Rasulullah s.a.w bersabda,"Para malaikat akan selalu berselawat kpd salah seorang di antara kamu selama mana ia ada di tempat solat di mana ia melakukan solat, selama ia belum batal wudhu'nya, (para malaikat) berkata 'Ya Allah, ampunilah dan sayangilah ia.'

(Imam Ahamad meriwayatkan dr Abu Hurairah, al Musnad no 8106, Syaikh Ahmad Syakir mensahihkan hadis ini)

7. orang2 yg melakukan solat subuh dan 'asar secara berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda," Para malaikat berkumpul pd saat solat subuh lalu para malaikat (yg menyertai hamba) pd mlm hari (yg sudah bertugas pd mlm hari hingga subuh) naik (ke langit), dan malaikat pd siang hari tetap tinggal. Kemudian mereka berkumpul lagi pd waktu solat 'Asar dan malaikat yg ditugaskan pd siang hari (hingga solat 'Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yg bertugas pd mlm hari tetap tinggal, lalu Allah bertanya kpd mereka,'Bagaimana kalian meninggalkan hambaKu?, mereka menjawab,'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedang mereka melakukan solat, maka ampunilah mereka pd hari kiamat.'

(Imam Ahmad meriwayatkan dr Abu Hurairah ra,al Musnad no 9140, hadis ini disahihkan oleh Syaikh Ahmad Syakir)

8. orang yg mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yg didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda,"Doa seseorang muslim untuk saudaranya yg dilakukan tanpa pengetahuan orang yg didoakannya adalah doa yg akan dikabulkan. Pd kepalanya ada malaikat yg menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata 'amin' dan engkau pun mendapatkan apa yg ia dapatkan."

( Diriwayatkan dr Imam Muslim dr Ummud Darda' ra, Sahih Muslim no 2733)

9. orang2 yg berinfak.

Rasulullah s.a.w bersabda,"Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali 2 malaikat turun kepadanya, salah satu di antara keduanya berkata,'Ya Allah, hancurkanlah harta orang yg kedekut."

(Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan dr Abu Hurairah ra, Sahih Bukhari no 1442 dan Sahih Muslim no 1010)

10. orang yg sedang makan sahur.

Rasulullah s.a.w bersabda,"Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat kpd orang2 yg sedang makan sahur."

(Imam Ibnu Hibban dr Imam at Thabrani, meriwayatkan dr Abdullah bin Umar ra, hadis ini disahihkan oleh Syaikh al Albani dlm Sahih at Targhib wat Tarhib 1/519)

11. orang yg sedang menjenguk orang sakit.

Rasulullah s.a.w bersabda,"Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70000 malaikat untuknya yg akan berselawat kpdnya di waktu siang sehingga sore dan di waktu malam sehingga subuh."

(Imam Ahmad meriwayatkan dr 'Ali bin Abi Talib ra, al Musnad no 754, Syaikh Ahmad Syakir menyebut,"sanadnya sahih")

12. seseorang yg sedang mengajarkan kebaikan kpd orang lain.

Rasulullah s.a.w bersabda,"Keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaan atas seorang yg paling rendah di antara kalian. Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yg di dlm lubangnya dan bahkan ikan, semuanya berselawat kpd orang yg mengajarkan kebaikan kpd orang lain."

(Diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dr Abu Umamah al Bahily ra, disahihkan oleh Syaikh al Albani dlm Kitab Sahih at Tarmizi 11/343)

Thursday, April 17, 2008

Sifat Malu

Sifat malu merupakan lambang keindahan dan kemuliaan wanita bermaruah. Hakikatnya, malu bkn sj utk wanita ttp utk lelaki juga. Rasulullah juga seorang pemalu. Drp Sa'id al-Khudri katanya:
كان رساء ول الله أشد حيمن العذراء في خدرها وكان إذا رأى شيئا يكرهه عرفناه في وجهه
maksudnya: Rasulullah adlh seorg yg sgt pemalu lebih drp seorg daradlm kelubungnya dan apbl
melihat sesuatu yg tidak disukai Baginda nescaya kami dapat mengecamkan yg
demikian itu terjadi drp wajah Baginda.

Malu juga melambangkan keimanan dan kesusilaan. Sabda Rasulullah s.a.w:

الحياء و الإيمان قرناء جميعا فإذا رفع أحدهما رفع الأخر
maksudnya: malu dan iman itu adalah teman seiring. Jika yg satu diangkat nescaya terangkat
pula yg satu lagi.

Dlm hadis yg lain, Baginda bersabda:
إن لكل دين خلقا و خلق الإسلام الحياء
maksudnya: sesungguhnya bg tiap2 agama itu ada ciri2 kesusilaan, maka utk Islam ialah sifat
malu.

Saturday, March 22, 2008

Tazkirah....

Alhamdulillah, sedar tak sedar kita sudah berada di bulan Rabi’ul Awal. Bulan penuh keberkatan yang mencatatkan sejarah kelahiran seorang insan istimewa, pembawa panduan hidup untuk seluruh alam.

Tanggal pada 12 Rabi'ul Awal Tahun Gajah mengikut pendapat yang masyhur, atau 9 Rabi'ul Awal Tahun Gajah bersamaan 20 April 571 Masihi berpandukan kepada pendapat yang rajih, lahirlah Nabi Muhammad bin Abdullah s.a.w ke dunia.

Kelahiran Rasulullah saw merupakan kelahiran yang ditunggu-tunggu. Bahkan ketibaan nabi akhir zaman ini sangat dinantikan oleh kaum yahudi. Namun dek kerana taasubkan kepada entiti perkauman, nabi utusan terakhir penyempurna kepada agama ini ditolak mentah-mentah oleh mereka bila mana nasabnya bukan daripada keturunan Bani Israil.

Sekarang kita ditinggakan baginda saw lebih daripada 1400 tahun yang lalu, terasa sangat jauh sekali jaraknya, hinggakan segala ajaran Islam kembali menjadi asing dalam bentuk pengamalan yang sebenar. Dagang di bumi sendiri.

Pernah menguasai dua pertiga dunia, kini Islam kembali kepada zaman fitnah. Namanya sahaja sudah dipalitkan dengan pelbagai tomahan hinggalah kepada penghinaan kepada jasad yang nabi saw yang mulia. Semuanya tidak lain dan tidak bukan hanya untuk menghilangkan nur Islam di bumi ini.

Atas alasan kebebasan bersuara, baginda saw dihina lagi. Ulang cetak karikatur penghinaan kepada rasul saw oleh akhbar Denmark merupakan satu bukti. Bahkan lambakan filem yang menghina agama ditonton tanpa perasaan oleh umat Islam sendiri.

Di manakan kita bila baginda saw dihina...?

Saidina Bilal r.a dan Cinta Rasul s.a.w.

Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w, saidina Bilal r.a antara sahabat yang tidak mampu lagi bermukim di bumi Madinah. Segala-galanya di kiri dan kanannya mengingatkan kembali kepada nostalgia bersama nabi s.a.w. Lantas beliau membawa diri ke Badariaan – sebuah tempat berdekatan Syam – untuk mengurangkan kesedihan hati.

Satu hari saidina Bilal r.a didatangi oleh baginda s.a.w dalam mimpi. Baginda s.a.w berkata: “Mengapa kamu menyepi wahai Bilal? Tidakkah kamu teringin menziarahiku ketika ini?”.

Tersedar daripada tidur dengan dalam keadaan sedih dan takut, beliau dengan segera menunggang kenderaan menuju ke Madinah dan terus mendatangi kuburan nabi s.a.w. Kesedihan menyelubungi diri, kisah pahit manis perjuangan bersama nabi s.a.w telah meletakkan cintanya kepada rasulullah s.a.w melebihi daripada segala-galanya. Kini semuanya tinggal kenangan dalam memori.

Sesuai melepas rindunya kepada baginda s.a.w di perkuburan tersebut, dia mencari-cari cucu kesayangan nabi s.a.w, Hasan dan Husin r.a. Mereka dipeluk cium tanda cinta yang tidak berbelah bahagi. Pinta mereka kepada saidina Bilal r.a; “kami berharap sangat untuk mendengar kembali azanmu yang telah dikumandangkan kepada Rasulullah s.a.w di masjid.”

Bagi tidak menghampakan harapan tersebut, bumbung masjid tempat yang selalu dia berdiri mengalungkan azan dipijaknya kembali. Azan pertama dalam sejarah Islam dari mulut bekas seorang hamba ini merupakan satu penghargaan nabi s.a.w kepadanya.

Nafas ditarik…..azan dilaungkan dengan penuh syahdu. Bila kalimah ‘Allahu Akbar! Allahu Akbar!’ dialunkan, bergegarlah seisi Madinah.

‘Asyahadu an la ilaha ila Allah’, jiwa penghuni Madinah makin bergetar. Suara yang pernah didengari pada waktu dan ketika nabi s.a.w masih hidup kembali memenuhi ceruk-ceruk Madinah.

Takkala laungan ‘Ashadu an na Muhammadan Rasulullah’ kedengaran, keluarlah para wanita daripada rumah-rumah mereka seraya berkata ; ‘Adakah Rasulullah s.a.w telah dibangkitkan?’.

Seisi Madinah diselubungi hiba, azan saidina Bilal r.a mengingatkan kembali kepada nostalgia manis bersama baginda s.a.w. Tidaklah dilihat satu hari pun yang paling banyak manusia menangis di Madinah selepas kewafatan nabi s.a.w selain daripada hari tersebut, dek kerana rindu dan teringatkan nabi s.a.w.

Inilah tanda cinta para sahabat kepada Rasulullah s.a.w, yang sukar untuk kita temui sekarang.

(Adaptasi daripada riwayat ibnu asakir daripada sanad junaid)

Pesan Hassan al-Banna

“Duhai manusia, datanglah kepada kami. Sesiapa yang tidak boleh menziarahi Rasulullah s.a.w datanglah kepada kami. Kami adalah pengemis di pintu Rasulullah s.a.w. Sesiapa yang tidak pernah mendengar kisah hidup Rasulullah s.a.w, patut sekali datang mendengarnya daripada kami.”

‘Baginda Rasulullah s.a.w hidup di dalam hati kami dan baginda mendengar segala-galanya. Rasulullah s.a.w hidup di dalam hati-hati yang mempertahankan Islam dan juga di dalam hati yang penuh dengan kasih sayang serta iman yang datang daripada ajarannya.’

Muhasabahlah cinta kita kepada Rasulullah.

Tuesday, March 4, 2008

ANTARA SABAR DAN MENGELUH

Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya. "Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati." Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."
Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu ?" Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?" Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?" Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."
Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?" Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membedakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeda. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka." Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,:" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."
Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,:" Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang." Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)


Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.